Pra Daftar Percuma

Revellnetwork Malaysia Jana Pendapatan Lumayan Disini!!

Saturday, May 12, 2012

Pelanggan puas, Untung kita pun puas!


Salah satu strategi pemasaran perniagaan kita adalah pemasaran mulut-ke-mulut, atau word-of-mouth- di mana ianya adalah strategi yang percuma dan datangnya dari pelanggan-pelanggan yang berpuas hati. Ianya dikatakan juga, 60% daripada keuntungan sesuatu perniagaan, datangnya daripada promosi mulut-ke-mulut yang positif.

Promosi sebegini hanya boleh dicipta dengan melahirkan rasa puas hati daripada pelanggan. Pelanggan bergembira dengan belian yang dilakukan, gembira dengan bantuan yang diberikan, dan merasakan mereka melakukan keputusan yang amat baik. Perasaan yang lahir dalam hati ini akan membuatkan mereka tergerak untuk kongsikan pengalaman dan keputusan belian mereka bersama rakan-rakan dan keluarga.
Sebagai usahawan, kita perlu ingat bahawa perniagaan bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata. Tetapi, perniagaan juga adalah bertujuan untuk memberi kemudahan dan membantu mereka yang membeli. 

Banyakkan senyuman ketika berniaga, di riwayatkan Rasulullah juga ketika berniaga amat murah dengan senyuman dan berlaku adil kepada semua pelanggan. Seraya mengakibatkan perniagaan baginda laris disambut pelanggan.

Istilah "customer is King" sering kali digunakan di buku-buku perniagaan barat. Lebih lagi, kita perlu melakukan tuntutan konsep persaudaran dengan Islam bersama pelanggan-pelanggan kita.

Dalam perniagaan, sekiranya pelanggan tidak puas, maka untung perniagaan kita juga tidak akan puas!

(Sumber : Irfan Khairi - Pakar Perniagaan Internet)

No comments:

Post a Comment