Pra Daftar Percuma

Revellnetwork Malaysia Jana Pendapatan Lumayan Disini!!

Saturday, September 1, 2012

Testimoni Bluu Salt Spa & Skin Cream


ROZILA BT AMAT
Saya memiliki salun di Klang dan banyak menggunakan produk Revell. Pelbagai testimoni hebat daripada pelanggan, yang sekaligus meyakinkan mereka untuk kembali ke salun saya.
1.  Bluu Skin Cream (Bluu-23) - Pelanggan saya mengalami masalah tumit pecah sehingga berdarah. Selepas menyapukan Bluu-23 selama dua minggu. Kesannya, kulit pulih dan kembali licin. Rumusannya dengan cocoa butter hebat untuk kulit kering.
2.  Bluu Salt Spa (Bluu-28) - Kulit kasar dan kering menjadi halus dan licin. Ada produk sebegini di pasaran tetapi beratus ringgit. Mereka sukakan kesan ekstrak akar halia yang menolak angin keluar dari badan, menghilangkan lenguh-lenguh dan sekaligus membantu memecahkan lemak badan untuk kesan pelangsingan.
3.  Klenz Fiber (KLE-2) - Luar biasa kesannya. Saya minum Klenz setiap malam dan pagi. Alhamdulillah perkumuhan kini lebih bagus dan badan rasa lebih bertenaga.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebagai seorang yang berkerjaya dan jadual kerja yang agak padat sudah tentulah saya memerlukan satu produk yang amat berkualiti dan mudah digunakan dalam penjagaan kulit termasuklah wajah saya. Kerjaya saya yang memerlukan saya berhadapan dengan lensa kamera serta berada di layar tv, maka penjagaan kulit muka adalah penting. Apabila pulang ke rumah, saya juga memerlukan sesuatu ruitn yang dapat memberi ketenangan kepada saya.
Sehinggalah rakan saya, SGD Diamond Mohd Nur Hafeez Juma'ah memperkenalkan kepada saya satu produk penjagaan kulit yang cukup mudah untuk digunakan serta terbukti berkesan iaitu BLU SALT SPA. Baunya yang menenangkan seolah satu terapi yang bagus untuk menangani stres dan mampu membuatkan saya cukup selesa ketika menggunakannya. Aplikasi penggunaannya juga cukup mudah, telah menambat hati saya.
Selain mencuci kulit sebersihnya, mengeluarkan toksid, ianya juga mampu memberi kesan kelembapan yang sangat tinggi setiap hari. Perjalanan darah saya menjadi lebih lancar sehinggakan saya begitu aktif. Saya amat tertarik dengan produk ini selain harganya berpatutan, cukup menjimatkan daripada berkunjung ke pusat rawatan SPA. Saya juga turut memperkenalkan kepada semua rakan personaliti yang lain. Mereka juga begitu teruja menggunakannya. Anda mampu membuat mandian SPA sendiri di rumah. Terima kasih BLU SALT SPA.

Mohd Yasir Mansor
Personaliti Buletin Utama TV3.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Selepas mengguna Bluu Salt Spa selama 27 hari, kulit saya menjadi lebih cerah dengan jeragat yang semakin menghilang. Saya begitu teruja.
Pn. Salbi bt Abu Bakar, Kemunting, Kuantan.

Friday, June 29, 2012

Bagaimana Klenz Bekerja Untuk Anda?


Masalah Usus Bila Tidak Cukup Fiber?

Tahukah anda panjang saluran pencernaan manusia 6 kali tinggi badan (kira-kira 10 meter) dalam jangka masa panjang akan dikotori dengan sisa makanan yang tidak terbuang yang purata beratnya 3 hingga 11 kg, yang akan membusuk dan mengeluarkan toksin di dalam usus kita. Toksin ini terserap oleh usus dan menjadi sumber segala penyakit yang berbahaya.

Contohnya, penyakit yang timbul yang bermula dari kolon (usus besar) yang selalu menyimpan sisa najis yang tidak terbuang pada penghujungnya. Sisa makanan tersebut berubah menjadi toksin, melekat di dinding usus, merebak serta melumpuhkan ketiga fungsi sistem badan :
1. Sistem Pencernaan (perut, isi perut, usus besar)
2. Sistem Endokrin (kelenjar tiroid, kelenjar pankreas, kelenjar seks)
3. Sistem Penyaringan/Perkumuhan (hati, kulit, rahim)

Penyerangan tersebut akan melemahkan badan menyebabkan anda mudah sakit, lesu, lemah dan terjadi pra-penuaan, mempengaruhi fungsi sistem pencernaan, membahayakan kesihatan sehingga boleh menyebabkan sakit yang serius dalam jangka panjang. Toksin yang terkumpul dalam tubuh adalah penyebab utama datangnya penyakit, bukannya akibat kuman. Kuman (bakteria) hanya memberi kesan apabila terlalu banyak sisa-sisa pembuangan (toksin) di dalam tubuh kita sehingga menyebabkan tubuh kita lemah dan daya tahan (imun) badan menurun.

Kitaran yang berulang ini merupakan sumber timbulnya pelbagai penyakit, antaranya: kanser, tumor, sembelit, buasir,jerawat, lumpuh, penyakit jantung, haid tidak normal, terlalu gemuk, pra-penuaan, penyakit hati, masalah usus dan pencernaan, kencing manis, penyakit kulit, alergi dan insomnia (sukar tidur).

Bagaimana Toksin Dan Makanan Berasid Punca Penyakit?

Apabila dalam jangka masa panjang, kita terdedah kepada bahan kimia, ubat atau makanan berasid di dalam badan, lendir akan terbentuk untuk melindungi badan daripada ancaman asid dari pelbagai punca. Pertambahan lendir ini akan melekat sesama lendir yang lain dan bergumpal besar melekat di dinding usus sehingga jika dibiarkan bertahun-tahun lamanya, lendir ini menjadi bergetah, melekat kuat pada dinding usus dan sukar untuk dikeluarkan daripada usus. Dalam keadaan bergetah ini, ia dipanggil plak mukoid.

Biasanya selepas makan, badan secara semulajadi cuba mencernakan dan menyerapkan makanan. Bagaimanapun, kehadiran plak mukoid boleh menghalang proses ini. Ia akan menyebabkan plak mukoid atau apa jua yang terkandung dalam usus berkemungkinan memasuki aliran darah.

Oleh itu, jika plak mukoid itu telah tercemar dalam perut kita, ia mudah memasuki dalam darah dan menyebabkan darah menjadi toksin juga, kemudiannya menjadi punca pelbagai penyakit dalam badan kita.

Kesan Selepas Minum Klenz :

Serat dan sayuran terlarut dan tidak terlarut yang terdapat dalam Klenz akan mengental seperti gel ketika berada dalam usus. Ketika itulah ia melekat di dinding usus dan menarik racun (toksin) yang melekat dan termendap menjadi kerak. Bukan hanya toksin yang ditarik, juga lemak dan kolestrol yang mengotori usus, lalu membuangnya dalam bentuk najis. jangan terkejut, pada penghujungnya, anda akan mengeluarkan najis yang panjang tanpa putus, seperti melekit satu sama lain dan ringan di atas air.

Itulah petanda bahawa toksin dan endapan lemak dalam usus dan sisa najis telah dibersihkan dalam waktu 4-6 hari. Kotoran dinding usus yang sudah menebal dan mengeras beberapa tahun (selama kita hidup) akan keluar bersama pada ketika pembuangan. Setelah itu, anda akan rasa tubuh menjadi ringan dan segar. Dalam belasan hari sahaja, penyakit yang bertahun-tahun merisaukan anda akan berkurangan. Bahkan, kulit anda akan menjadi lebih halus, cerah dan berseri sehingga anda nampak beberapa tahun lebih muda.


Sunday, May 27, 2012

Update Bulan Jun 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ahli RevellNetwork Yang Dihormati,

Bertemu kembali dalam Update bulan Jun. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda semua kerana masih memberi kepercayaan kepada RevellNetwork. Saya lihat semakin ramai ahli-ahli RevellNetwork bergerak aktif dalam pembelian peribadi mahupun melakukan jualan. Saya akan membalas kesetiaan anda dengan membantu membina rangkaian anda secara berterusan.

Update kali ini, beberapa perkara ingin dimaklumkan kepada anda. Antaranya :-

1)  Akaun RevellNetwork
Beberapa hari yang lalu, saya telah membuat pembayaran untuk menyambung perkhidmatan domain dan hosting RevellNetwork untuk tempoh setahun yang akan berakhir pada Jun 2013 untuk kemudahan semua ahli RevellNetwork.

2)  Web RevellNetwork
Website RevellNetwork sedang dalam proses penambahbaikan dari segi isi kandungan. Antaranya, setiap produk diletakkan jumlah berat (gram). Ini untuk memudahkan ahli atau pembeli dapat mengetahui berapa kos penghantaran yang perlu dibayar. Terdapat juga keterangan lanjut serta testimoni pada sesuatu produk.

3)  Facebook FanPage RevellNetwork
Saya telah mewujudkan FanPage RevellNetwork untuk perkongsian maklumat berkaitan produk Revell. Saya harap anda dapat meluangkan masa untuk klik "LIKE" dalam page tersebut. Ini dapat membantu menyebarkan kepada ramai orang di luar sana tentang RevellNetwork. Layari :-
http://www.facebook.com/RevellNetworkCom

4)  Anda ada akaun Facebook?
Ini peluang terbaik untuk anda memasarkan jualan produk Revell. Bagaimana? Kalau takde idea gunakan video atau posting berkaitan produk, yang ada di dalam FanPage RevellNetwork untuk di'share'kan kepada rakan-rakan Facebook anda. Dalam 'sharing' anda itu, jangan lupa sertakan link web promosi RevellNetwork anda. Kalau masih tak jelas, hubungi@ email kepada saya dan saya akan membantu anda.

5)  Kempen Sayang Ibu
Kempen ini bermula pada 15 Mei hingga 14 Jun 2012.



Sebarang masalah, jangan malu jangan segan, hubungi saya.
Sekian, Jumpa di lain masa.

”Setiap Manusia Ada Potensi Untuk Berjaya”
Salam Ikhlas Daripada,
SYAFIEE BIN OSMAN
Admin RevellNetwork
Email : syaein@yahoo.com
YM : syaein
019-570 9982



Saturday, May 12, 2012

Update Bulan Mei 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ahli RevellNetwork Yang Dihormati,

Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. Sebelum itu, saya nak ucapkan Selamat Hari Pekerja, Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Guru buat semua yang bekerja, para ibu dan para guru di seluruh Malaysia.
Update bulan Mei kali ini, saya ingin memaklumkan mengenai beberapa perkara. Antaranya :-

1)  Yuran Keahlian Revell
Setiap ahli baru hanya perlu membayar yuran keahlian Revell seumur hidup RM33 sahaja. Ahli baru akan menerima Kit Jualan Revell yang terdiri daripada No. Ahli, Profil Syarikat, Pelan Pemasaran, Buku Katalog dan Senarai Harga Produk. Namun begitu, kempen hadiah percuma iON Health Anti-Oxidant Alkaline Stick (IOP-3) telah ditamatkan.

2)  Stok Sabun Lulur Plus Susu Kambing
Setelah hampir 5 bulan kehabisan stok, kini pengguna setia sabun lulur boleh mendapatkannya di stokis2 berdekatan. Melalui penampilan versi terbaru, ia diperkayakan dengan susu kambing. Beratnya 100 gram dan berbentuk bulat. Sabun Lulur Sari Herba Plus Susu Kambing boleh dibeli dengan harga RM10.90 (ahli) dan RM13.90 (bukan ahli).

3)  Web Jualan Peribadi ePeluang
Kepada ahli RevellNetwork yang berminat nak buat jualan peribadi secara online, anda boleh dapatkan web ePeluang. Apa itu ePeluang? ePeluang adalah web yang bercirikan kedai online untuk menjual produk-produk Revell dan ia diuruskan oleh anda sepenuhnya. Ciri-ciri lain; mempunyai template blog, blog peribadi dan dashboard untuk menguruskan akaun peribadi anda. Bagaimana caranya? Anda perlu memohon dan daftar kepada pihak syarikat RevellGlobal (Tel : 03-4021 3800). Hanya RM12 setahun. Anda akan memiliki nama alamat web anda sendiri.

Antara contoh web ePeluang yang dimiliki oleh Super Crown, Pn. Saadah Badrus :-
http://www.epeluang.com/saadahbadrus

4)  Pelan Perlindungan Diri MAA Takaful
Setiap ahli Revell yang membuat pembelian peribadi 100pv setiap bulan, anda akan layak menerima Pelan Perlindungan Diri MAA Takaful bernilai RM10,000. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 2012. Maklumat lanjut,
http://revellglobal.com/announcements.php?date=2012-04#227


5)  Kempen Sponsor 2 & Win
Mulai 1 April hingga 30 Jun 2012, setiap ahli Revell yang membuat pembelian sebanyak 200pv dan melakukan penajaan 2 ahli baru, anda akan mendapat 1 Beg Demo yang bernilai RM99 secara percuma. Maklumat lanjut,
http://revellglobal.com/announcements.php?date=2012-04#226


Sebarang masalah, jangan malu jangan segan, hubungi saya.
Sekian, Jumpa di lain masa.

”Setiap Manusia Ada Potensi Untuk Berjaya”
Salam Ikhlas Daripada,
SYAFIEE BIN OSMAN
Admin RevellNetwork
Email : syaein@yahoo.com
YM : syaein
019-570 9982

7 Sebab Mengapa Usahawan Perlu Menggunakan FB ADS

1.  PASARAN LOCAL YANG SEMAKIN MEMBESAR!
Pengguna Facebook di Malaysia semakin meningkat! Pada tahun 2011, satu pusat pengumpulan data melaporkan bahawa Malaysia berada di ranking ke-17 sebagai negara yang memiliki ramai pengguna FB iaitu dengan jumlah 12,193,600 pengguna pada tahun 2011.

Lihat, di Malaysia sahaja, terdapat lebih 12 juta prospek yang berpotensi menjadi pelanggan anda!


2. PASARAN GLOBAL YANG LUAS
Sebelum ni di Malaysia sahaja! Kini ditunjukkan pula pengguna FB di seluruh dunia! Menurut survey dari pihak http://www.internetworldstats.com, terdapat seramai 835,525,280 pengguna FB pada 31 Mac 2012!

Anda berpotensi memasarkan produk anda kepada lebih 800 juta pengguna FB di seluruh dunia.

3. KOS PENGIKLANAN MURAH
Jika anda tanya mana-mana usahawan internet yang pernah menggunakan FB Ads, FB Ads adalah pengiklanan berbayar yang paling menjimatkan! Kos iklan boleh mencapai serendah USD0.01 (RM0.03) sahaja untuk setiap klik/paparan di Facebook. Jika dibandingkan dengan pengiklanan lain, seperti pengiklanan Google, pengiklanan banner blog, iklan di FORUM, FB Ads memang menjadi pilihan!

Jika dibandingkan dengan iklan offline pula, FB Ads jauh lebih menjimatkan!

4. PASARAN YANG LEBIH TERTUMPU BERDASARKAN DEMOGRAPHIC DATA
Ya, ini antara yang paling best! Anda boleh iklankan produk anda kepada prospek berdasarkan umur mereka, jantina, kelayakan mereka, kawasan tempat tinggal mereka, minat mereka, status perkahwinan mereka dan banyak lagi!

Pilih prospek ikut kesesuaian dengan produk yang ingin dipromosikan!

5. PEMASARAN VIRAL
Iklan anda bukan saja diterima oleh target anda sahaja, tapi ianya akan tersebar secara VIRAL. Anda promosi produk anda kepada 10 orang, tapi 100 orang akan terimanya hasil kehebatan button share, like,
comment yang ada pada Facebook.

6. RAMAI SUKA SHOPPING DI FB
Ini bukan auta, tapi fakta! Majoriti mereka yang berumur 18-34 tahun gemar membeli belah di FB. Mereka suka membeli produk pakaian, gajet, permainan, kek, dan bermacam-macam lagi. Jika anda tidak mengambil peluang ini, anda memang rugi! Lubuk duit adalah di FB!

7. CEPAT DIJALANKAN
Inilah yang paling disukai ramai, ianya PANTAS! Anda boleh cipta iklan anda, dan "publish"nya dalam masa yang singkat! Dan anda juga boleh mendapat beribu-ribu pelawat ke web jualan anda dalam masa 1-2 jam sahaja! Inilah yang kami sendiri sudah laluinya! Menyeronokkan apabila web jualan anda dilawati oleh begitu ramai orang dalam masa yang singkat dengan duduk di depan laptop sambil minum kopi 'o'. Bayangkanlah..

(Sumber : Razif Yusof - Usahawan Internet Sepenuh Masa)

Pelanggan puas, Untung kita pun puas!


Salah satu strategi pemasaran perniagaan kita adalah pemasaran mulut-ke-mulut, atau word-of-mouth- di mana ianya adalah strategi yang percuma dan datangnya dari pelanggan-pelanggan yang berpuas hati. Ianya dikatakan juga, 60% daripada keuntungan sesuatu perniagaan, datangnya daripada promosi mulut-ke-mulut yang positif.

Promosi sebegini hanya boleh dicipta dengan melahirkan rasa puas hati daripada pelanggan. Pelanggan bergembira dengan belian yang dilakukan, gembira dengan bantuan yang diberikan, dan merasakan mereka melakukan keputusan yang amat baik. Perasaan yang lahir dalam hati ini akan membuatkan mereka tergerak untuk kongsikan pengalaman dan keputusan belian mereka bersama rakan-rakan dan keluarga.
Sebagai usahawan, kita perlu ingat bahawa perniagaan bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata. Tetapi, perniagaan juga adalah bertujuan untuk memberi kemudahan dan membantu mereka yang membeli. 

Banyakkan senyuman ketika berniaga, di riwayatkan Rasulullah juga ketika berniaga amat murah dengan senyuman dan berlaku adil kepada semua pelanggan. Seraya mengakibatkan perniagaan baginda laris disambut pelanggan.

Istilah "customer is King" sering kali digunakan di buku-buku perniagaan barat. Lebih lagi, kita perlu melakukan tuntutan konsep persaudaran dengan Islam bersama pelanggan-pelanggan kita.

Dalam perniagaan, sekiranya pelanggan tidak puas, maka untung perniagaan kita juga tidak akan puas!

(Sumber : Irfan Khairi - Pakar Perniagaan Internet)

Saturday, April 7, 2012

Sakit Lutut


Secara umumnya, tanda-tanda seseorang mengalami koyakan pada meniskus (rawan berbentuk sabit yang terdapat di antara tulang pada sendi lutut) selepas sesuatu kecederaan adalah kesakitan pada sendi lutut, kebengkakan pada lutut (mungkin tidak ketara pada peringkat awal)dan kesukaran melakukan pergerakan penuh pada lutut tersebut.
Osteoartritis ditakrifkan sebagai kerosakan atau degenerasi pada permukaan rawan pada sendi-sendi yang mengalami proses penipisan rawan. Permukaan rawan yang nipis ini lama kelamaan akan merekah dan membentuk lurah-lurah dan pada waktu ini geseran permukaan sendi akan bertambah menghasilkan bunyi getaran dari sendi tersebut.
Tanda-tanda yang dialami merupakan kesakitan terutamanya apabila bergerak atau berjalan, kebengakan yang datang dan pergi dan kekakuan atau kesukaran menggerakkan sendi lutut sepenuhnya seperti kesukaran melakukan solat secara sempurna (duduk di atas lantai).

Produk yang boleh membantu menyelesaikan masalah sakit lulut. Antaranya :

1. Art-X (MRI-3)
# Kalsium - menambah semula jisim / ketumpatan tulang
# Magnesium - membantu penyerapan kalsium tulang dan sendi

# Boron - menguatkan sendi tulang
# Alfalfa - menurut Dr Robert Bingham (Arthiritis Clinic, Desert Hot Springs, California), alfalfa (kaya dengan magnesium dan vitamin D3) boleh mengatasi artritis jika diambil setiap hari.
# Yucca - digunakan untuk merawat masalah kesihatan termasuk psoriasis, kelumumur, keguguran rambut, sakit kulit dan lutut, radangan sendi.
# Devils Claw - pelega kesakitan semula jadi yang luar biasa. Bertindak menghalang pelepasan molekul yang merangsangkan radangan sendi.
# Akar Mexican Sarsaparilla - digunakan untuk mencegah sakit sendi
# Kapsikum - anti radang yang berkesan
# Akar Hydrangea - kuasa anti oksidan membantu menyembuhkan sakit sendi

2. Trace Mineral Drops (MRI-12)
Trace Mineral Drops merupakan air tasik Great Salt Lake, Utah (yang telah disingkirkan 99.5% Sodium) mengandungi barisan mineral dan trace mineral sebanyak 72 jenis yang amat diperlukan oleh darah, tulang dan sendi.
Setiap 20 titis Trace Mineral Drops membekalkan 260mg magnesium yang bagus untuk sendi tulang. Dr Robert Bingham merasakan bahawa semua bentuk artritis bermula dengan pemakanan yang tidak baik. Beliau merasakan bahawa dunia perubatan terlampau mengagungkan mineral kalsium, tetapi sebenarnya Magnesium adalah mineral yang benar-benar diperlukan lebih. Magnesium kini berada di barisan hadapan dalam semua bidang sains tulang.

3. Reveille Collagen (EVE-11)
Kolagen marin gred premium daripada Jepun dalam Reveille Collagen melindungi dan merangsang pemulihan anabolik padang tulang rawan sendi dan bendalir sinovia. Ia juga dapat mengurangkan kesakitan pada tangan, lengan, bahu, pinggang, lutut dan sendi lain.

Kencing Manis / Diabetes

Fakta !
# 1 daripada 5 orang Malaysia menghidapi penyakit kencing manis (diabetes). (Sumber : The Star, 16 Disember 2011)
# Diabetes tidak mendiskriminasi : semua peringkat usia, kaya dan miskin, semua negara.
# Diabetes membunuh : 1 orang setiap 8 saat. 4 juta orang setahun di seluruh dunia.

Diabetes Mellitus (DM)
Simtom Diabetes Mellitus (DM) adalah peningkatan kepekatan gula darah kerana kegagalan untuk menghasilkan insulin, kerja insulin atau kedua-duanya serta gangguan metabolisme karbohidrat, protein dan lemak.

Simtom Kencing Manis
Kebiasaan keluhan yang dinyatakan oleh pesakit :-
1. Sering buang air kecil
2. Rasa haus yang terus menerus
3. Rasa lapar yang terus menerus
4. Keletihan
5. Sering kebas dan sengal
6. Penyembuhan luka yang lama
7. Sering mengantuk
8. Mata kabur
9. Penurunan berat badan

Siapa Yang Berisiko Menghidapinya?
Tidak ada batasan umur. Antaranya :
1. Peningkatan umur
2. Berat badan berlebihan
3. Sejarah kelahiran bayi melebihi 4kg
4. Tekanan darah tinggi (140/90 mmHg)
5. Gaya hidup yang tidak aktif
6. Pengambilan makanan berlemak
7. Tahap kolesterol yang tinggi

Komplikasi Kencing Manis
Penyakit kencing manis yang tidak terkawal menyebabkan gangguan fungsi organ lain. Antaranya :
1. Strok
2. Buta
3. Serangan jantung
4. Buah pinggang gagal berfungsi
5. Masalah hubungan intim
6. Keguguran
7. Gangguan saraf / lumpuh

Produk yang boleh membantu menyelesaikan masalah penyakit kencing manis.


1. TRACE MINERAL DROPS
Titisan Mineral Kehidupan yang sangat diperlukan oleh tubuh. Dengan kandungan Magnesium yang tinggi, akan membantu mencegah dan menangani masalah kencing manis dengan cara :
* Memperbaiki fungsi sel pankreas
* Mengurangi stres oksidatif
* Meneutralkan radikal bebas
* Meningkatkan sistem imun
* Memperbaiki metabolisme karbohidrat - protein -lemak
* Membantu fungsi detoks tubuh
* Mengurangi longgokan plak di pembuluh darah
2. SOD TEA
Khasiat dari tumbuhan Aspalathus Linearis yang kaya dengan Super Oxide Dismutase. Bertindak sebagai anti-oksidan yang meneutralkan radikal bebas dan membantu :
* Menurunkan berat badan
* Menurunkan kadar kolesterol
* Menurunkan kadar gula darah yang tinggi
* Menormalkan tekanan darah
3. KLENZ (Fiber)
Klenz kaya dengan serat terlarut, serat hijau, wheatgrass, oats, psyllium dan serat yang lain. Bila makan karbohidrat dengan Klenz, ia melambatkan penyerapan gula dengan mengawal atur respon insulin. Fiber dalam Klenz menjadikan kita rasa cepat kenyang, mencegah kita daripada makan banyak. Malaysian Medical Nutrition Therapy Guidelines menyarankan pesakit diabetes perlu mengambil 20-30 gram fiber untuk membantu menurunkan kepekatan glukosa darah.

Friday, March 16, 2012

Update Bulan Mac 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ahli RevellNetwork Yang Dihormati,

Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. Update kali ini, saya ingin memaklumkan mengenai beberapa perkembangan Revell2U. Antaranya :-

1) Revell2U
Untuk makluman anda, RevellGlobal kini dikenali sebagai Revell2u. Dengan penjenamaan nama Revell2u ini, setiap ahli boleh membeli terus produk Revell secara atas talian (online). Untuk pesanan melebihi 300pv (kira-kira RM300-RM360) melalui pembelian e-store anda, penghantaran adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila layari…
http://revellglobal.com/announcements.php?date=2012-02#213

2) Cara Penggunaan Revell2u
Kini produk Revell boleh didapati di hujung jari anda. Melalui Revell2u, anda boleh mendaftarkan ahli rangkaian baru dan juga membeli belah secara online. Sebagai ahli, anda telah mendapat no. ahli Revell. Bagaimana caranya?

i. Klik login pada ‘Distributor/Stockist’
Layari web syarikat, http://revellglobal.com/index2.php

ii. Masukkan Distributor ID : (no ahli Revell anda – MYPRK123456), password : (empat digit terakhir IC baru) dan no pengesahan.

iii. Di page Revell2u ini, terdapat beberapa fungsi penggunaannya. Antaranya; registration, e-store, family tree dan bonus statement.

3) Kempen Promosi Bulan Mac 2012
Kempen luar biasa hebat ini bermula pada 15 Mac hingga 15 April 2012. Untuk maklumat lanjut, sila layari…
http://revellglobal.com/announcements.php?date=2012-03#221

4) Pengubahsuaian Pelan RevellGlobalIa berkuatkuasa pada 1 April 2012, Dalam usaha memastikan prestasi ahli Revell tidak menurun, kelayakan Bonus Prestasi Pengedar ( 4-14% ) dikira secara terkumpul (akumulatif), dan bukan lagi secara jualan/belian 2 bulan berturutan.

5) Skim Kebajikan RevellUntuk lebih keprihatinan terhadap ahli Revell yang setia, pihak syarikat akan mengadakan
semula skim kebajikan Revell iaitu Khairat Kematian dan Anugerah Pencapaian Pendidikan.
Setiap ahli yang layak akan menerima RM200.


Sebarang masalah, jangan malu jangan segan, hubungi saya.
Sekian, Jumpa di lain masa.

”Setiap Manusia Ada Potensi Untuk Berjaya”
Salam Ikhlas Daripada,
SYAFIEE BIN OSMAN
Admin RevellNetwork
Email : syaein@yahoo.com
YM : syaein
019-570 9982