Pra Daftar Percuma

Revellnetwork Malaysia Jana Pendapatan Lumayan Disini!!

Saturday, May 25, 2013

Kempen Mei 2013

Kempen 'Shoot For The Stars'. Percutian PERCUMA 2 hari 1 malam. Lokasi di A' Famosa Resort Melaka.

Kempen Produk. Mulai 1 hingga 31 Mei 2013

1.  Beli 3 botol Nature Vitamin C, percuma 1 botol.
 

Penyakit Strok



Apa itu penyakit strok :-
Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan. Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Ancaman penyakit strok :-
Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya. TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok.

Tanda penyakit strok :-
 
1.  Tiba-tiba sakit kepala yang teramat sangat
 2.  Tiba-tiba gangguan penglihatan
 3.  Tiba-tiba hilang keseimbangan badan
 4.  Tiba-tiba sukar bercakap
 5.  Tiba-tiba kebas pada muka, tangan dan kaki

Serangan Sakit Jantung



Apa itu serangan sakit jantung :-
 
Serangan sakit jantung adalah apabila sel-sel otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup dan tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sel-sel jantung akan mati dan berlakunya serangan sakit jantung. Sakit jantung adalah satu proses di mana sesuatu kawasan daripada rangkaian kepilari darah yang halus mati disebabkan oleh kehilangan bekalan darah.

 Serangan sakit jantung berlaku apabila terdapat satu gumpalan darah terbentuk dan berkembang di salah satu saluran darah (arteri koroner) yang membawa darah ke otot jantung. Jika pembekuan darah itu cukup besar, ia boleh menghentikan bekalan darah ke jantung dengan serta merta.


Tanda serangan sakit jantung :-
 
1.  Batuk
 2.  Rasa tidak selesa di bahagian dada
 3.  Rasa ruang paru-paru sempit dan susah bernafas
 4.  Rasa pening atau sakit kepala
 5.  Wajah nampak pucat dan pudar
 6.  Rasa hendak muntah-muntah
 7.  Kegelisahan dan berpeluh sejuk

Seseorang yang mengalami serangan sakit jantung biasanya rasa nyeri atau ketidak selesaan di  bahagian dadanya dulu. Rasa sakit ini akan menyebar ke bahagian leher, rahang, telinga, lengan dan pergelangan tangan. Terdapat juga kes-kes di mana rasa sakit itu merebak ke bahagian bahu, punggung, dan perut. Serangan sakit jantung boleh membawa maut serta-merta yang tidak dijangka.



Faktor risiko serangan sakit jantung :-
 
1.  Merokok
 2.  Kolesterol yang tinggi
 3.  Tekanan darah tinggi (> 140/90 mmHg)
 4.  Kegemukan
 5.  Penyakit kencing manis
 6.  Stres / Emosi yang terganggu
 7.  Pemakanan yang tidak seimbang
 8.  Peningkatan umur 

Tekanan Darah Tinggi (Hipertensi)


Apa itu tekanan darah tinggi :- 
Tekanan darah tinggi atau hipertensi memberikan gambaran tekanan darah pada dinding arteri meningkat. Jantung menghasilkan tekanan apabila mengepam darah ke seluruh badan. Hipertensi kini dikategori sebagai penyebab utama strok dan jantung.

Hipertensi adalah antara penyakit yang dialami dalam kalangan golongan dewasa di pertengahan umur dan warga tua di Malaysia. Hipertensi lebih banyak dialami oleh lelaki berbanding wanita.

Jenis tekanan darah :- 

Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah dalam arteri ( salur darah) apabila jantung mengepam darah.
Tekanan darah diastolik ialah tekanan darah dalam arteri apabila jantung berhenti mengepam di antara dua denyutan.

Terdapat dua bacaan dalam pengukuran tekanan darah, iaitu BP 140/90 mmHg.  Nilai tinggi (140) dipanggil tekanan darah sistolik dan nilai rendah (90) ialah tekanan darah diastolik.



Tanda tekanan darah tinggi :-
 
1.  Sakit kepala
 2.  Jantung berdebar-debar
 3.  Sakit di tengkuk
 4.  Mudah lelah
 5.  Penglihatan kabur
 6.  Pendarahan hidung

 Penyebab risiko tekanan darah tinggi :-
 
1.  Merokok
 2.  Kegemukan
 3.  Kurang bersenam
 4.  Stres / Perasaan tertekan
 5.  Amalkan pemakanan yang berlemak tinggi
 6.  Peningkatan umur

 Implikasi daripada tekanan darah tinggi yang berterusan :-
 
1.  Otak : Penyakit strok (angin ahmar)
 2.  Jantung : Serangan sakit jantung
 3.  Buah pinggang : Gagal berfungsi
 4.  Mata : Penglihatan akan menjadi kabur & berkemungkinan buta