Pra Daftar Percuma

Revellnetwork Malaysia Jana Pendapatan Lumayan Disini!!

Saturday, May 12, 2012

7 Sebab Mengapa Usahawan Perlu Menggunakan FB ADS

1.  PASARAN LOCAL YANG SEMAKIN MEMBESAR!
Pengguna Facebook di Malaysia semakin meningkat! Pada tahun 2011, satu pusat pengumpulan data melaporkan bahawa Malaysia berada di ranking ke-17 sebagai negara yang memiliki ramai pengguna FB iaitu dengan jumlah 12,193,600 pengguna pada tahun 2011.

Lihat, di Malaysia sahaja, terdapat lebih 12 juta prospek yang berpotensi menjadi pelanggan anda!


2. PASARAN GLOBAL YANG LUAS
Sebelum ni di Malaysia sahaja! Kini ditunjukkan pula pengguna FB di seluruh dunia! Menurut survey dari pihak http://www.internetworldstats.com, terdapat seramai 835,525,280 pengguna FB pada 31 Mac 2012!

Anda berpotensi memasarkan produk anda kepada lebih 800 juta pengguna FB di seluruh dunia.

3. KOS PENGIKLANAN MURAH
Jika anda tanya mana-mana usahawan internet yang pernah menggunakan FB Ads, FB Ads adalah pengiklanan berbayar yang paling menjimatkan! Kos iklan boleh mencapai serendah USD0.01 (RM0.03) sahaja untuk setiap klik/paparan di Facebook. Jika dibandingkan dengan pengiklanan lain, seperti pengiklanan Google, pengiklanan banner blog, iklan di FORUM, FB Ads memang menjadi pilihan!

Jika dibandingkan dengan iklan offline pula, FB Ads jauh lebih menjimatkan!

4. PASARAN YANG LEBIH TERTUMPU BERDASARKAN DEMOGRAPHIC DATA
Ya, ini antara yang paling best! Anda boleh iklankan produk anda kepada prospek berdasarkan umur mereka, jantina, kelayakan mereka, kawasan tempat tinggal mereka, minat mereka, status perkahwinan mereka dan banyak lagi!

Pilih prospek ikut kesesuaian dengan produk yang ingin dipromosikan!

5. PEMASARAN VIRAL
Iklan anda bukan saja diterima oleh target anda sahaja, tapi ianya akan tersebar secara VIRAL. Anda promosi produk anda kepada 10 orang, tapi 100 orang akan terimanya hasil kehebatan button share, like,
comment yang ada pada Facebook.

6. RAMAI SUKA SHOPPING DI FB
Ini bukan auta, tapi fakta! Majoriti mereka yang berumur 18-34 tahun gemar membeli belah di FB. Mereka suka membeli produk pakaian, gajet, permainan, kek, dan bermacam-macam lagi. Jika anda tidak mengambil peluang ini, anda memang rugi! Lubuk duit adalah di FB!

7. CEPAT DIJALANKAN
Inilah yang paling disukai ramai, ianya PANTAS! Anda boleh cipta iklan anda, dan "publish"nya dalam masa yang singkat! Dan anda juga boleh mendapat beribu-ribu pelawat ke web jualan anda dalam masa 1-2 jam sahaja! Inilah yang kami sendiri sudah laluinya! Menyeronokkan apabila web jualan anda dilawati oleh begitu ramai orang dalam masa yang singkat dengan duduk di depan laptop sambil minum kopi 'o'. Bayangkanlah..

(Sumber : Razif Yusof - Usahawan Internet Sepenuh Masa)

No comments:

Post a Comment