Pra Daftar Percuma

Revellnetwork Malaysia Jana Pendapatan Lumayan Disini!!

Friday, June 29, 2012

Bagaimana Klenz Bekerja Untuk Anda?


Masalah Usus Bila Tidak Cukup Fiber?

Tahukah anda panjang saluran pencernaan manusia 6 kali tinggi badan (kira-kira 10 meter) dalam jangka masa panjang akan dikotori dengan sisa makanan yang tidak terbuang yang purata beratnya 3 hingga 11 kg, yang akan membusuk dan mengeluarkan toksin di dalam usus kita. Toksin ini terserap oleh usus dan menjadi sumber segala penyakit yang berbahaya.

Contohnya, penyakit yang timbul yang bermula dari kolon (usus besar) yang selalu menyimpan sisa najis yang tidak terbuang pada penghujungnya. Sisa makanan tersebut berubah menjadi toksin, melekat di dinding usus, merebak serta melumpuhkan ketiga fungsi sistem badan :
1. Sistem Pencernaan (perut, isi perut, usus besar)
2. Sistem Endokrin (kelenjar tiroid, kelenjar pankreas, kelenjar seks)
3. Sistem Penyaringan/Perkumuhan (hati, kulit, rahim)

Penyerangan tersebut akan melemahkan badan menyebabkan anda mudah sakit, lesu, lemah dan terjadi pra-penuaan, mempengaruhi fungsi sistem pencernaan, membahayakan kesihatan sehingga boleh menyebabkan sakit yang serius dalam jangka panjang. Toksin yang terkumpul dalam tubuh adalah penyebab utama datangnya penyakit, bukannya akibat kuman. Kuman (bakteria) hanya memberi kesan apabila terlalu banyak sisa-sisa pembuangan (toksin) di dalam tubuh kita sehingga menyebabkan tubuh kita lemah dan daya tahan (imun) badan menurun.

Kitaran yang berulang ini merupakan sumber timbulnya pelbagai penyakit, antaranya: kanser, tumor, sembelit, buasir,jerawat, lumpuh, penyakit jantung, haid tidak normal, terlalu gemuk, pra-penuaan, penyakit hati, masalah usus dan pencernaan, kencing manis, penyakit kulit, alergi dan insomnia (sukar tidur).

Bagaimana Toksin Dan Makanan Berasid Punca Penyakit?

Apabila dalam jangka masa panjang, kita terdedah kepada bahan kimia, ubat atau makanan berasid di dalam badan, lendir akan terbentuk untuk melindungi badan daripada ancaman asid dari pelbagai punca. Pertambahan lendir ini akan melekat sesama lendir yang lain dan bergumpal besar melekat di dinding usus sehingga jika dibiarkan bertahun-tahun lamanya, lendir ini menjadi bergetah, melekat kuat pada dinding usus dan sukar untuk dikeluarkan daripada usus. Dalam keadaan bergetah ini, ia dipanggil plak mukoid.

Biasanya selepas makan, badan secara semulajadi cuba mencernakan dan menyerapkan makanan. Bagaimanapun, kehadiran plak mukoid boleh menghalang proses ini. Ia akan menyebabkan plak mukoid atau apa jua yang terkandung dalam usus berkemungkinan memasuki aliran darah.

Oleh itu, jika plak mukoid itu telah tercemar dalam perut kita, ia mudah memasuki dalam darah dan menyebabkan darah menjadi toksin juga, kemudiannya menjadi punca pelbagai penyakit dalam badan kita.

Kesan Selepas Minum Klenz :

Serat dan sayuran terlarut dan tidak terlarut yang terdapat dalam Klenz akan mengental seperti gel ketika berada dalam usus. Ketika itulah ia melekat di dinding usus dan menarik racun (toksin) yang melekat dan termendap menjadi kerak. Bukan hanya toksin yang ditarik, juga lemak dan kolestrol yang mengotori usus, lalu membuangnya dalam bentuk najis. jangan terkejut, pada penghujungnya, anda akan mengeluarkan najis yang panjang tanpa putus, seperti melekit satu sama lain dan ringan di atas air.

Itulah petanda bahawa toksin dan endapan lemak dalam usus dan sisa najis telah dibersihkan dalam waktu 4-6 hari. Kotoran dinding usus yang sudah menebal dan mengeras beberapa tahun (selama kita hidup) akan keluar bersama pada ketika pembuangan. Setelah itu, anda akan rasa tubuh menjadi ringan dan segar. Dalam belasan hari sahaja, penyakit yang bertahun-tahun merisaukan anda akan berkurangan. Bahkan, kulit anda akan menjadi lebih halus, cerah dan berseri sehingga anda nampak beberapa tahun lebih muda.