Pra Daftar Percuma

Revellnetwork Malaysia Jana Pendapatan Lumayan Disini!!

Friday, December 16, 2011

Update Bulan Disember 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Beberapa perkara menarik yang ingin disampaikan :-

1. Starter Kit Terbaru Pada bulan Januari 2012, RevellGlobal akan melancarkan Starter Kit terbaru. Dengan kit 'hardcover' yang menarik. Ia mengandungi Profil Korporat, Pelan Pemasaran dan Katalog Produk terkini untuk membantu anda dengan pengetahuan dan penjualan produk. Semuanya pada harga rendah yang menakjubkan RM33 sahaja.

2. Tahun 2012, Tahun Internet

Mulai tahun 2012, RevellGlobal akan mewujudkan ePeluang untuk memudahkan anda menjalankan perniagaan secara online. (akan diumumkan nanti). Sebagai ahli grop RevellNetwork, ambillah peluang ini untuk mempromosikan web peribadi anda kepada kenalan anda.

3. Pejabat Online Ahli

Bermula Januari 2012 (akan diumumkan), fungsi pejabat online ahli akan bertukar wajah dengan beberapa fungsi tambahan. Berikut ringkasannya :-


No. 1 - Pesanan Online dengan Sistem Shopping Cart.
No. 2 - Dapat menebus hadiah yang menarik.
No. 3 - Daftar ahli-ahli baru serta-merta. Bayar secara online.
No. 4 - Produk online eksklusif. Hanya boleh dibeli melalui eStore.
No. 5 - Genealogi rangkaian anda dipaparkan melalui grafik.
No. 6 - Menerima berita dan maklumat terkini.
No. 7 - Aktiviti terkini Revell akan dipaparkan pada kalendar.


Sekian, Jumpa di lain masa.

”Setiap Manusia Ada Potensi Untuk Berjaya”
Salam Ikhlas Daripada,
SYAFIEE BIN OSMAN
Admin RevellNetwork
Email : syaein@yahoo.com
YM : syaein
019-570 9982


Saturday, October 8, 2011

Update Bulan Oktober 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ahli RevellNetwork Yang Dihormati,
Pada pertemuan kali ini, saya ingin memaklumkan beberapa perkara :-

1) Keahlian RevellGlobal & Hadiah Percuma
Mulai 16 September 2011, setiap ahli baru yang menyertai RevellGlobal, akan diberikan seunit iON Health Anti-Oxidant Stick (IOP-3) bernilai RM60/RM66 dan satu bekas air iON Health secara percuma. Hanya yuran keahlian RM33/RM36 sahaja. Dengan menyertainya melalui RevellNetwork pula, anda akan mendapat web promosi peribadi secara percuma.

2) Tawaran Menjadi Stokis RevellGlobal
Berita Hebat! Kini anda berpeluang untuk menjadi Pusat Perkhidmatan Revell (RSC) di tempat anda. Dengan membuka stok sebanyak RM1,500, anda akan layak menerima stok RM3,000 (tambahan RM1,500 adalah pinjaman dari Revell dan perlu dibayar balik selepas 6 bulan). Tawaran Fantastik ini bermula dari 26 September hingga 30 November 2011. Untuk maklumat lanjut, sila layari… http://www.revellglobal.com/announcements.php?date=2011-09#167

3) “Member Login” RevellNetwork
Makluman kepada ahli RevellNetwork yang berbayar dan pradaftar.
Apa yang ada di dalam “Member Login”? Pertamanya, anda perlu masukkan (user id) dan (password) anda. Selepas itu, tekan (login). Kalau lupa password, tekan (lupa password). Maklumat itu akan dihantar ke email anda. Ok, di dalamnya, terdapat :-

a. Home – paparan maklumat pendaftaran RevellNetwork anda
b. My Profile – anda boleh mengemas kini maklumat peribadi.
c. Testimonial – anda boleh menghantar apa sahaja testimoni anda pada bila-bila masa. Testimoni hendaklah berkaitan dengan produk yang anda telah digunakan dan ia memberi kesan positif kepada anda sekeluarga. Dengan testimoni anda itu, akan memberi pengetahuan dan membantu menambah keyakinan kepada pelanggan anda untuk menyertai RevellNetwork.
d. Statistik – jumlah klik pengunjung yang telah melayari web anda
e. My Downline – paparan downline anda yang telah melakukan pradaftar direct melalui web anda
f. Upgrade VVIP – paparan cara-cara bayaran untuk anda menyertai RevellNetwork
g. Pomotion Tools (diaktifkan untuk ahli2 berbayar sahaja)– dibekalkan 3 jenis banner promosi link web promosi peribadi anda. Ia boleh diletakkan di mana-mana web/blog anda yang lain (jika ada) ataupun untuk tujuan iklan di mana-mana web percuma / berbayar milik orang lain.
h. Logout – keluar dari sistem

4) EMPAT Fasa Kejayaan di REVELL
Tidak kira sama ada anda baru ataupun seorang ahli lama, KECANTIKAN Revell itu sendiri ialah kejayaan di Revell bukan ditentukan oleh berapa lama anda telah bersama dengan Revell. Sama seperti kerjaya, sudah tentu anda inginkan pendapatan yang datangnya dari sumber yang kukuh, yang tidak goyang "SELAMA MANA ANDA MAHUKANNYA". Bukan seperti lain-lain peluang yang mungkin gah diperingkat awal tetapi akhirnya terkubur dan muncul pula peluang lain yang akan terus tumbuh bak cendawan. Cuma anda yang perlu serius "MENCETAK DUIT SENDIRI" dengan cara melakukan Revell seumur hidup. Tapi perlu anda fahami tiada satu kejayaan di dunia ini yang datang bergolek ataupun sekelip mata. Berikut 4 Fasa Kejayaan anda di Revell seperti pesan seorang yang sudah bertahun-tahun bergelar Jutawan Super Crown iaitu Pn. Saadah Badrus & En. Anis Kasan, hanya dengan bersama Revell

Fasa 1 : PERMULAAN..................
- Pada peringkat inilah mengapa sering diingatkan "Hadiri Majlis Ilmu, Hadiri Latihan, jumpa / tanya upline yang ikhlas ingin membantu" sebab ilmu bukan hanya datang dari pembacaan tetapi yang lebih beharga ialah yang datang dari pengalaman. Tanyalah mana-mana MARKETING GURU di dunia dan anda akan jumpa benda yang sama, " TO BE SUCCESS YOU MUST LOVE WHAT YOU DO". Upline yang serius ingin membantu cuma mengharapkan anda "AMBIL TAHU". Tunjukkan minat anda dengan cara berkomunikasi tanpa henti sebab mereka juga sama seperti anda: orang biasa sahaja. Jika tiada DIRECT UPLINE yang memberi respon hubungi terus upline seterusnya hinggalah ke SuperCrown / pihak syarikat sendiri. Yang penting, anda "AMBIL TAHU" (bukannya mendaftar dan ambil sikap lepas tangan). Pastikan anda mahu belajar dan sanggup diajar.

Fasa 2 : PENUMPUAN..................
- Pada peringkat ini upline akan lebih SELECTIVE dengan memberi tumpuan lebih kepada yang DIKENALPASTI lebih serius. Sebab itu yang lewat boleh berjaya lebih cepat dan yang awal mungkin akan tertangguh sebab berada di dalam senarai KIV. Tapi jika anda "AMBIL TAHU" tanpa jemu sudah tentu anda berada di dalam tumpuan upline (atau lebih tepat Business Partner). Tapi Penumpuan ini perlulah dua hala :-
1) Anda berkomunikasi selalu dgn upline dan tumpuan anda dari upline akan lebih terarah.
2) Anda memberi tumpuan yang sama pada semua yang dibawah rangkaian dan anda akan lebih mudah berjaya.Jika anda belum, lakukan perkara di bawah- Login di Web Syarikat: http://www.revellglobal.com

- Rujuk pada keseluruhan official Family Tree anda (aktif dan tidak aktif).- Hubungi setiap seorang dari mereka sentiasa dan kenalpasti siapa yang serius ingin berjaya- Berikan bantuan apa sahaja yang anda termampu, dapatkan bantu mana-mana yang perlu# Tidak mengapa jika anda sendiri masih belum berjaya sebab yang lebih penting anda perlu "BERANI BERTANYA". Kemudian maklumkan pada upline dan buat strategi jangka panjang.

Fasa 3 : MOMENTUM..................
- Hanya dengan bekerjasama dengan setiap rangkaian TERPILIH anda maka kejayaan akan nampak mudah. Jangan berhenti membantu mana-mana rangkaian sebab mereka (Business Partner TERPILIH anda). Lama-kelamaan akan yakin bahawa hasil sokongan anda mereka sudah "TEMUI CARA" untuk berjaya dan akan "berdiri atas kaki sendiri" apabila sedar "KNOWLEDGE REVELL" mereka perlu di upgrade oleh diri mereka sendiri dari masa ke semasa. Peraturannya mudah, jadikan diri anda dan rangkaian terpilih anda sebagai pengguna bijak Revell 100%.

Fasa 4 : STABILITY..................
- Pada peringkat ini anda sebenarnya sudahpun melepasi awan. Kapal terbang sebenarnya akan bergegar dalam proses melepasi awan tetapi sebaik berada di atas awan segalanya nampak tenang. Samalah seperti 3 Fasa tadi yang perlu anda lalui. Anda perlu tahu bahawa setiap individu berjaya ada RAHSIA mereka sendiri dan bukan semuanya mudah untuk diterangkan seperti apa yang ramai orang sangkakan.

Dari 4 Fasa tadi, anda perlu tahu perkara paling penting untuk berjaya ialah PENUMPUAN (anda mendapat TUMPUAN sepenuhnya dan juga MEMBERI TUMPUAN sepenuhnya pada Revell) dan anda boleh jika kejayaan yang anda cari.

Sekian dulu: PERMULAAN ; PENUMPUAN ; MOMENTUN ; STABILITY ..

Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah, hubungi/sms/email kepada saya.
”Setiap Manusia Ada Potensi Untuk Berjaya”
Salam Ikhlas Daripada,
SYAFIEE BIN OSMAN
Admin RevellNetwork
019-570 9982

Sunday, July 31, 2011

Update Bulan Ogos 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Ahli RevellNetwork Yang Dihormati. Salam Ramadhan buat semua (beragama Islam)

Beberapa perkara yang ingin disampaikan pada update kali ini. Antaranya :-

1) Pelbagai Kempen Hebat Produk RevellGlobal
Anda melayarinya di

2) Keahlian Percuma RevellGlobal
Tawaran keahlian percuma dengan pembelian RM50 dilanjutkan ke 15 September 2011

3) FaceBook RevellGlobal
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti terkini, kempen terbaru, lokasi stokis dan bersoal jawab, anda boleh layari laman sosial RevellGlobal:- http://www.facebook.com/revellmalaysia



Sekian, Jumpa di lain masa.
”Setiap Manusia Ada Potensi Untuk Berjaya” Salam Ikhlas Daripada, SYAFIEE BIN OSMAN Admin RevellNetwork 019-570 9982

Saturday, June 11, 2011

SlimCut

SlimCut (60ml)
Code: SCE-1 Harga Pelanggan : RM62.50
Harga Ahli : RM49.90 PV : 49.90
Langsingkan Badan Anda Dalam 2 MINGGU

SlimCut menawarkan penyelesaian berkesan untuk melangsingkan badan. Menggunakan Teknologi-Tinggi NANO, di mana partikel-mikro menyerap cepat ke dalam kulit dan membantu menyingkirkan lemak badan.

Bahan Aktif SlimCut :
Ekstrak Biji Kopi dan Guarana membantu meningkatkan lipolisis - memecahkan deposit lemak yang kemudiannya dilepaskan ke saluran darah untuk disingkirkan. Ekstrak Ivy dan Seaweed membantu membuang cecair berlebihan daripada tisu dan sel badan. Ini menjadikan SlimCut membantu peredaran darah untuk mempercepatkan penyingkiran lemak, air berlebihan dan bahan buangan badan.

SlimCut membantu :
* Merangsang pecah lemak.
* Menghalang penyerapan atau timbunan lemak.
* Meningkatkan metabolisme di bahagian tertentu badan supaya lebih lemak dapat dibakar.
* Menyingkir air berlebihan dan bahan buangan.
* Mencegah selulit.
* Melangsingkan bonggol lemak yang tidak diinginkan di perut dan di bahagian tepi dan belakang lengan, pinggul dan paha.

Cara Mengguna :
1. Semasa mandi, skrub badan dari tapak kaki ke bahagian tubuh atas (dengan urutan ke atas) bagi menggalakkan peredaran darah. Bilas dan keringkan badan.
2. Sapukan SlimCut secara putaran lawan di perut, pinggang dan pinggul. Manakala urutan ke atas di lengan dan paha. Urut dengan lembut sehingga kering. Tidak perlu bilas.
3. Untuk kesan lebih baik, sapukan 1-3 kali sehari. Minumlah banyak air untuk merangsang pengeluaran lemak dan air yang berlebihan daripada tubuh.

Kesan Selepas Menggunakan SlimCut :
Minggu pertama ~ Kerap kencing
Minggu kedua ~ Tubuh yang diaplikasi SlimCut menjadi lembut
Minggu seterusnya ~ Lendir (lemak) keluar bersama najis

Mengapa SlimCut Lebih Berkesan ? :
1. Formula bahan aktif yang terpilih, bahan semulajadi gred farmaseutikal dari Perancis.
2. Bila SlimCut disapu pada kulit, ia diserap secara langsung dan molekul ramuannya yang amat halus itu terus bergerak ke pusat setiap sel untuk mempercepatkan proses semula jadi penyingkiran lemak dan air berlebihan dari tubuh.


PRO-Science

Super Concentrated Laundry Detergent (1.5kg)
Code: PRO-1 Harga Pelanggan : RM12.50
Harga Ahli : RM10.90 PV : 4.35
Serbuk Pencuci Super-Pekat
* Pencegah karat melindungi bahagian-bahagian mesin pencuci, zip dan butang daripada berkarat.
* Rumusan kurang buih supaya kerja membilas lebih menjimatkan tenaga, masa dan air.
* Tidak mengandungi pengisi (yang melekat pada pakaian selepas dicuci) yang mengakibatkan kegatalan kulit dan ruam.
---------------------------------------------------------------------------------Super Concentrated Liquid Laundry Detergent (1000ml)
Code: PRO-2 Harga Pelanggan : RM13.70
Harga Ahli : RM11.90 PV : 5.95
* Dirumus dengan berkuasa tinggi, pemotongan formula minyak untuk menghapuskan tempoh, noda berminyak.
* Berisi protein enzim untuk menghilangkan noda degil & disempurnakan dengan tindakan pengoksidaan kuat yang berkesan membunuh kuman, memutihkan dan mencerahkan kain.
* Tidak berbau bau bahkan setelah semalam perendaman.
* Superb pembersihan tindakan melalui kekuatan pembasahan yang baik dan anti-redisposition, mencegah tanah dari pemukiman kembali ke kain semasa proses pencucian.
---------------------------------------------------------------------------------
Super Concentrated Fabric Softerner (1000ml)
Code: PRO-3 Harga Pelanggan : RM12.50
Harga Ahli : RM10.90 PV : 5.45
* Menjadikan pencucian pakaian anda lebih mudah.
* Ejen pembersih bertindak sinergistik berkesan menanggalkan kotoran.
* Anti-bakteria menjaga pakaian bebas kuman dan segar.
---------------------------------------------------------------------------------
Super Concentrated Laundry Pre-Wash (350ml)
Code: PRO-4 Harga Pelanggan : RM7.90
Harga Ahli : RM6.90 PV : 3.45
Penyembur Pra-Cuci Super Pekat
* Untuk pra-pencucian yang efektif dan menanggalkan kotoran, dengan lembut dan cepat. Produk ini sangat mudah diguna. Hanya sembur atas kotoran dan biarkannya beberapa minit sebelum memasukkan pakaian atau kain ke kitaran cucian.
---------------------------------------------------------------------------------
Anti-Bacteria Bathroom Cleaner (500ml)
Code: PRO-5 Harga Pelanggan : RM6.80
Harga Ahli : RM5.90 PV : 2.95
Pencuci Bilik Mandi Anti-Bakteria
* Rumusan tanpa asid.
* Berkesan mencuci kesan kotoran dalam bilik mandi, buih sabun pada lantai dan ubin bilik mandi.
* Membasmi kuman dan menyahbau.
* Dengan tindakan anti-bakteria dan juga mencegah permukaan berkapur, membuatkan kerja membersihkan bilik mandi jadi lebih cepat dan berkesan.
---------------------------------------------------------------------------------
Anti-Bacteria Toilet Cleaner (500ml)
Code: PRO-6 Harga Pelanggan : RM6.80
Harga Ahli : RM5.90 PV : 2.95
Pencuci Tandas Anti-Bakteria
* Mudah membersih dan menanggalkan kotoran degil. Hanya picit di mangkuk tandas, mozek atau ubin. Biarkan selama 15 minit. Kemudian pam tandas atau bilas. Ia berupaya menyingkirkan kesan karat. Menyahkuman, membunuh 99.9% bakteria.
---------------------------------------------------------------------------------
Anti-Bacteria Floor Cleaner (1000ml)
Code: PRO-7 Harga Pelanggan : RM11.40
Harga Ahli : RM9.90 PV : 3.95
Pencuci Lantai Anti-Bakteria
* Membersihkan kotoran secara alami, membersihkan gris dan permukaan yang berbelak tanpa mengandungi bahan alkali yang keras dan amonia. Direka untuk memelihara lantai dengan mudah tanpa perlu dibilas.
* Dirumuskan agar lantai tidak menjadi kusam, melekit atau penimbunan sisa minyak, sesuai untuk membersihkan lantai tanpa berlilin, seramik dan permukaan lantai yang lainnya.
---------------------------------------------------------------------------------
Super Concentrated Dish Wash (500ml)
Code: PRO-8 Harga Pelanggan : RM7.90
Harga Ahli : RM6.90 PV : 3.45
* Selamat untuk cuci buah-buahan dan sayuran.
* Keseimbangan pH, selamat untuk kulit.
* Menghapuskan gris dan bahan berminyak.
* Sesuai untuk kristal, kaca dan keluli tahan karat.
---------------------------------------------------------------------------------
Anti-Bacteria Kitchen & Multi Purpose Cleaner (500ml)
Code: PRO-9 Harga Pelanggan : RM7.90
Harga Ahli : RM6.90 PV : 3.45
* Pencuci yang berkesan untuk kebanyakan permukaan seperti atas kabinet, ketuhar, lantai, dinding, permukaan bilik mandi, tingkap, kereta dan sebagainya.
* Bersifat anti-bakteria.
* Boleh dicairkan atau gunakannya secara langsung pada permukaan.
* Lembut pada kulit.






ResCare BB Cream


Rescare BB Cream
Code: EVE-21 Harga Pelanggan : RM87.50
Harga Ahli : RM69.90 PV : 69.90

KEISTIMEWAAN RESCARE BB CREAM:
* Menutupi cela di muka (bintik bintik, pigmentasi, tompok putih, warna kulit tidak sekata, akne, parut, lingkaran hitam sekeliling mata] tanpa menyumbatkan pori/merosakkan kulit.
* ‘Natural look’, tidak nampak seperti bedak tebal di muka
* Sebagai bedak asas dan ‘concealer’ [menjadikan solekan asas untuk wajah begitu mudah dan cepat]
* Sifat merawat [melembapkan dan menghaluskan kulit]
* Menggalakkan regenerasi kulit untuk mengekalkan kulit muda
* Pelindung UV menghasilkan kulit sihat (SPF 45 +++]
* Melambatkan penuaan [merawat kedut]
* Mencerahkan kulit
* Warnanya dicipta untuk orang Asia
* Tekstur ringan sesuai untuk cuaca panas/tropika

Hasil Sejurus Guna Rescare BB CREAM:
Ia memberikan kesan liputan menyeluruh dengan menutupi akne, pori terbuka, parut, garisan halus, lingkaran hitam sekeliling mata, bintik bintik, warna kulit yang tidak sekata tanpa menyumbati pori, malahan memperbaiki kondisi kulit.

Selepas Guna Berterusan Selama 1 Bulan:
Anda akan mendapati kulit anda lebih baik daripada sebelumnya – lebih licin, lebih lembut dan lebih halus.

Bagaimana BB Cream bertindak:
Setiap kali anda menggunanya, BB Cream bertindak sebagai satu lapisan pelindung sambil mengawal minyak berlebihan dan pada masa yang sama ia memberi kelembapan yang mencukupi untuk menjadikan kulit sihat. la melindungi kulit daripada sinaran UV yang memudaratkan dan kerosakan alam persekitaran. Ditambahkan lagi sifat perawatannya yang terdiri daripada rumusan semulajadi (seperti ekstrak Centella Asiatica, Jus daun Aloe Barbadensis, Beta Glucan] yang bertindak merangsang regenerasi kulit dan mengecilkan pori. Rumusan istimewa dalam Rescare BB Cream juga dapat mencerahkan warna kulit dan melambatkan penuaan kulit. Hasil akhir selepas menggunanya selama sebulan kulit akan menjadi lebih licin, lembut dan halus. Yang pastinya, kulit wajah anda akan lebih cantik!.

Friday, June 10, 2011

Update Bulan Jun 2011

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ahli RevellNetwork Yang Dihormati,

Beberapa perkara yang ingin disampaikan pada update kali ini. Antaranya :-

1) Pengenalan Produk Baru Bulan Jun 2011
Anda boleh melayarinya di web berikut :-
http://www.revellglobal.com/announcements.php?date=2011-06

2) Sistem Stokis RevellGlobal
Mulai Jun 2011, pihak syarikat memperkenalkan Sistem Stokis Revell yang baru, terdiri daripada 3 kategori iaitu : i-Revell Center, Service Center dan Sub Stokis. Maklumat lanjut, layari…
http://www.revellglobal.com/announcements.php?date=2011-04

Kepada ahli2 RevellNetwork yang berminat ingin menjadi stokis di tempat anda, maklumkan kepada saya. Saya akan ceritakan bagaimana caranya dengan lebih lanjut. Anda akan juga dimasukkan ke dalam senarai stokis di dalam web promosi RevellNetwork.

3) Buku Katalog Revell
Mulai Oktober 2010, RevellGlobal telah mengeluarkan buku katalog produk bersaiz kecil setiap 3 bulan sekali. Kandungan berkaitan produk2 utama masih sama pada setiap keluaran. Bezanya, terdapat kempen diskaun hebat pada produk2 tertentu dan pengenalan produk terbaru. Sehingga kini, sudah ada 3 edisi keluaran katalog produk. Harganya RM2.00 sebuah
Edisi pertama : Oktober – Disember 2010
Edisi kedua : Januari – Mac 2011
Edisi ketiga : April – Jun 2011

Sekian, Jumpa di lain masa.
”Setiap Manusia Ada Potensi Untuk Berjaya”
Salam Ikhlas Daripada,
SYAFIEE BIN OSMAN