Pra Daftar Percuma

Revellnetwork Malaysia Jana Pendapatan Lumayan Disini!!

Sunday, May 27, 2012

Update Bulan Jun 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ahli RevellNetwork Yang Dihormati,

Bertemu kembali dalam Update bulan Jun. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada anda semua kerana masih memberi kepercayaan kepada RevellNetwork. Saya lihat semakin ramai ahli-ahli RevellNetwork bergerak aktif dalam pembelian peribadi mahupun melakukan jualan. Saya akan membalas kesetiaan anda dengan membantu membina rangkaian anda secara berterusan.

Update kali ini, beberapa perkara ingin dimaklumkan kepada anda. Antaranya :-

1)  Akaun RevellNetwork
Beberapa hari yang lalu, saya telah membuat pembayaran untuk menyambung perkhidmatan domain dan hosting RevellNetwork untuk tempoh setahun yang akan berakhir pada Jun 2013 untuk kemudahan semua ahli RevellNetwork.

2)  Web RevellNetwork
Website RevellNetwork sedang dalam proses penambahbaikan dari segi isi kandungan. Antaranya, setiap produk diletakkan jumlah berat (gram). Ini untuk memudahkan ahli atau pembeli dapat mengetahui berapa kos penghantaran yang perlu dibayar. Terdapat juga keterangan lanjut serta testimoni pada sesuatu produk.

3)  Facebook FanPage RevellNetwork
Saya telah mewujudkan FanPage RevellNetwork untuk perkongsian maklumat berkaitan produk Revell. Saya harap anda dapat meluangkan masa untuk klik "LIKE" dalam page tersebut. Ini dapat membantu menyebarkan kepada ramai orang di luar sana tentang RevellNetwork. Layari :-
http://www.facebook.com/RevellNetworkCom

4)  Anda ada akaun Facebook?
Ini peluang terbaik untuk anda memasarkan jualan produk Revell. Bagaimana? Kalau takde idea gunakan video atau posting berkaitan produk, yang ada di dalam FanPage RevellNetwork untuk di'share'kan kepada rakan-rakan Facebook anda. Dalam 'sharing' anda itu, jangan lupa sertakan link web promosi RevellNetwork anda. Kalau masih tak jelas, hubungi@ email kepada saya dan saya akan membantu anda.

5)  Kempen Sayang Ibu
Kempen ini bermula pada 15 Mei hingga 14 Jun 2012.



Sebarang masalah, jangan malu jangan segan, hubungi saya.
Sekian, Jumpa di lain masa.

”Setiap Manusia Ada Potensi Untuk Berjaya”
Salam Ikhlas Daripada,
SYAFIEE BIN OSMAN
Admin RevellNetwork
Email : syaein@yahoo.com
YM : syaein
019-570 9982



Saturday, May 12, 2012

Update Bulan Mei 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ahli RevellNetwork Yang Dihormati,

Apa khabar anda hari ini? Semoga sihat dan ceria di samping keluarga tersayang. Sebelum itu, saya nak ucapkan Selamat Hari Pekerja, Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Guru buat semua yang bekerja, para ibu dan para guru di seluruh Malaysia.
Update bulan Mei kali ini, saya ingin memaklumkan mengenai beberapa perkara. Antaranya :-

1)  Yuran Keahlian Revell
Setiap ahli baru hanya perlu membayar yuran keahlian Revell seumur hidup RM33 sahaja. Ahli baru akan menerima Kit Jualan Revell yang terdiri daripada No. Ahli, Profil Syarikat, Pelan Pemasaran, Buku Katalog dan Senarai Harga Produk. Namun begitu, kempen hadiah percuma iON Health Anti-Oxidant Alkaline Stick (IOP-3) telah ditamatkan.

2)  Stok Sabun Lulur Plus Susu Kambing
Setelah hampir 5 bulan kehabisan stok, kini pengguna setia sabun lulur boleh mendapatkannya di stokis2 berdekatan. Melalui penampilan versi terbaru, ia diperkayakan dengan susu kambing. Beratnya 100 gram dan berbentuk bulat. Sabun Lulur Sari Herba Plus Susu Kambing boleh dibeli dengan harga RM10.90 (ahli) dan RM13.90 (bukan ahli).

3)  Web Jualan Peribadi ePeluang
Kepada ahli RevellNetwork yang berminat nak buat jualan peribadi secara online, anda boleh dapatkan web ePeluang. Apa itu ePeluang? ePeluang adalah web yang bercirikan kedai online untuk menjual produk-produk Revell dan ia diuruskan oleh anda sepenuhnya. Ciri-ciri lain; mempunyai template blog, blog peribadi dan dashboard untuk menguruskan akaun peribadi anda. Bagaimana caranya? Anda perlu memohon dan daftar kepada pihak syarikat RevellGlobal (Tel : 03-4021 3800). Hanya RM12 setahun. Anda akan memiliki nama alamat web anda sendiri.

Antara contoh web ePeluang yang dimiliki oleh Super Crown, Pn. Saadah Badrus :-
http://www.epeluang.com/saadahbadrus

4)  Pelan Perlindungan Diri MAA Takaful
Setiap ahli Revell yang membuat pembelian peribadi 100pv setiap bulan, anda akan layak menerima Pelan Perlindungan Diri MAA Takaful bernilai RM10,000. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 2012. Maklumat lanjut,
http://revellglobal.com/announcements.php?date=2012-04#227


5)  Kempen Sponsor 2 & Win
Mulai 1 April hingga 30 Jun 2012, setiap ahli Revell yang membuat pembelian sebanyak 200pv dan melakukan penajaan 2 ahli baru, anda akan mendapat 1 Beg Demo yang bernilai RM99 secara percuma. Maklumat lanjut,
http://revellglobal.com/announcements.php?date=2012-04#226


Sebarang masalah, jangan malu jangan segan, hubungi saya.
Sekian, Jumpa di lain masa.

”Setiap Manusia Ada Potensi Untuk Berjaya”
Salam Ikhlas Daripada,
SYAFIEE BIN OSMAN
Admin RevellNetwork
Email : syaein@yahoo.com
YM : syaein
019-570 9982

7 Sebab Mengapa Usahawan Perlu Menggunakan FB ADS

1.  PASARAN LOCAL YANG SEMAKIN MEMBESAR!
Pengguna Facebook di Malaysia semakin meningkat! Pada tahun 2011, satu pusat pengumpulan data melaporkan bahawa Malaysia berada di ranking ke-17 sebagai negara yang memiliki ramai pengguna FB iaitu dengan jumlah 12,193,600 pengguna pada tahun 2011.

Lihat, di Malaysia sahaja, terdapat lebih 12 juta prospek yang berpotensi menjadi pelanggan anda!


2. PASARAN GLOBAL YANG LUAS
Sebelum ni di Malaysia sahaja! Kini ditunjukkan pula pengguna FB di seluruh dunia! Menurut survey dari pihak http://www.internetworldstats.com, terdapat seramai 835,525,280 pengguna FB pada 31 Mac 2012!

Anda berpotensi memasarkan produk anda kepada lebih 800 juta pengguna FB di seluruh dunia.

3. KOS PENGIKLANAN MURAH
Jika anda tanya mana-mana usahawan internet yang pernah menggunakan FB Ads, FB Ads adalah pengiklanan berbayar yang paling menjimatkan! Kos iklan boleh mencapai serendah USD0.01 (RM0.03) sahaja untuk setiap klik/paparan di Facebook. Jika dibandingkan dengan pengiklanan lain, seperti pengiklanan Google, pengiklanan banner blog, iklan di FORUM, FB Ads memang menjadi pilihan!

Jika dibandingkan dengan iklan offline pula, FB Ads jauh lebih menjimatkan!

4. PASARAN YANG LEBIH TERTUMPU BERDASARKAN DEMOGRAPHIC DATA
Ya, ini antara yang paling best! Anda boleh iklankan produk anda kepada prospek berdasarkan umur mereka, jantina, kelayakan mereka, kawasan tempat tinggal mereka, minat mereka, status perkahwinan mereka dan banyak lagi!

Pilih prospek ikut kesesuaian dengan produk yang ingin dipromosikan!

5. PEMASARAN VIRAL
Iklan anda bukan saja diterima oleh target anda sahaja, tapi ianya akan tersebar secara VIRAL. Anda promosi produk anda kepada 10 orang, tapi 100 orang akan terimanya hasil kehebatan button share, like,
comment yang ada pada Facebook.

6. RAMAI SUKA SHOPPING DI FB
Ini bukan auta, tapi fakta! Majoriti mereka yang berumur 18-34 tahun gemar membeli belah di FB. Mereka suka membeli produk pakaian, gajet, permainan, kek, dan bermacam-macam lagi. Jika anda tidak mengambil peluang ini, anda memang rugi! Lubuk duit adalah di FB!

7. CEPAT DIJALANKAN
Inilah yang paling disukai ramai, ianya PANTAS! Anda boleh cipta iklan anda, dan "publish"nya dalam masa yang singkat! Dan anda juga boleh mendapat beribu-ribu pelawat ke web jualan anda dalam masa 1-2 jam sahaja! Inilah yang kami sendiri sudah laluinya! Menyeronokkan apabila web jualan anda dilawati oleh begitu ramai orang dalam masa yang singkat dengan duduk di depan laptop sambil minum kopi 'o'. Bayangkanlah..

(Sumber : Razif Yusof - Usahawan Internet Sepenuh Masa)

Pelanggan puas, Untung kita pun puas!


Salah satu strategi pemasaran perniagaan kita adalah pemasaran mulut-ke-mulut, atau word-of-mouth- di mana ianya adalah strategi yang percuma dan datangnya dari pelanggan-pelanggan yang berpuas hati. Ianya dikatakan juga, 60% daripada keuntungan sesuatu perniagaan, datangnya daripada promosi mulut-ke-mulut yang positif.

Promosi sebegini hanya boleh dicipta dengan melahirkan rasa puas hati daripada pelanggan. Pelanggan bergembira dengan belian yang dilakukan, gembira dengan bantuan yang diberikan, dan merasakan mereka melakukan keputusan yang amat baik. Perasaan yang lahir dalam hati ini akan membuatkan mereka tergerak untuk kongsikan pengalaman dan keputusan belian mereka bersama rakan-rakan dan keluarga.
Sebagai usahawan, kita perlu ingat bahawa perniagaan bukan hanya untuk mengaut keuntungan semata. Tetapi, perniagaan juga adalah bertujuan untuk memberi kemudahan dan membantu mereka yang membeli. 

Banyakkan senyuman ketika berniaga, di riwayatkan Rasulullah juga ketika berniaga amat murah dengan senyuman dan berlaku adil kepada semua pelanggan. Seraya mengakibatkan perniagaan baginda laris disambut pelanggan.

Istilah "customer is King" sering kali digunakan di buku-buku perniagaan barat. Lebih lagi, kita perlu melakukan tuntutan konsep persaudaran dengan Islam bersama pelanggan-pelanggan kita.

Dalam perniagaan, sekiranya pelanggan tidak puas, maka untung perniagaan kita juga tidak akan puas!

(Sumber : Irfan Khairi - Pakar Perniagaan Internet)